One Day One Page

Tentang Kami

Tentang

MISI KAMI

ODOP Quran bermula sebagai sebuah inisiatif kecil di Yayasan Pendidikan Khalifah (YPK). Inisiatif ini adalah satu usaha yang dilakukan agar seluruh warga YPK melazimi tadabbur dan memahami Al-Quran dengan lebih mendalam.
Alhamdulillah, setelah melihat impak positif hasil daripada projek ODOP ini, kami tekad untuk berkongsi mengenai Al-Quran secara inklusif. Kami meyakini bahawa segala keindahan dan panduan-panduan yang terkandung di dalam Al-Quran perlu dirasai dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua latar belakang mereka. Sebagai pertubuhan yang tidak berorientasikan keuntungan, kami berusaha untuk memastikan semua pihak boleh mendapatkan manfaat daripada sumber-sumber dan segala bahan pembelajaran yang kami sediakan tanpa sebarang kekangan.
Di sini, kami akan membawa anda menelusuri sebuah pengembaraan untuk meneroka dan menyelami hikmah yang malar segar dari setiap bimbingan yang terkandung di dalam Al-Quran. Dedikasi yang kami curahkan untuk merealisasikan inisiatif ini tidak berbelah bahagi, dan kami juga berusaha untuk menyesuaikan platform ini agar dapat memenuhi keperluan setiap individu walau apa jua peringkat perjalanan pembelajaran Al-Quran masing-masing, inshaAllah.

Kenali Penyampai Kami

Aqtar Mohamed Bin Ummar

Aqtar Mohamed Bin Ummar merupakan seorang guru warganegara Malaysia yang bertugas di Khalifah Model School Secondary (KMSS). Beliau merupakan graduan Sarjana Pengajian Islam daripada Open University Malaysia (OUM) dan Sarjana Integratif Neurosains daripada University of Edinburgh. Beliau juga merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran daripada University of Edinburgh.

Aqtar merupakan seorang penulis buku-buku Islamik. Beliau telah menghasilkan lima buah karya yang boleh didapati di KhalifahStore.my.

Placeholder Image